untill JANNAH !!!

Assalamualaikum.... pelik dengan kemunculan tajuk yang begitu menakutkan.. nak cerita tentang seseornag baru kenapa ada kait rapat dengan taju ikaa dekat atas...okay nama dia Nor Hafizuddin Bin  Mohd Isnaini.. dia ni tua daripada ikaa 2 tahun.. so sekarang ikaa 20 dia 22 laaa kan... okay apa yang ada dengan dia ? dan macam mana ikaa kenal dia ? ikaa kenal dengan dia since ikaa form 4 lagi... ikaa kenal melalui kawan kawan sekolah ikaa...dia dapat nombor ikaa dari kawan sekelas ikaa... okay kami kenal dan kenal terus kenal...banyak benda kami kongsi dalam kehidupan such as tentang diri (tu sudah tentu ) , tentang family dia.. kawan kawan dia mcm mcm la kami kongsi.. sepanjang perkenalan kami ikaa tak pernah jumpa sebab dia duduk klang...ikaa pulak jenis yang tak dapat keluar dan bergerak bebas sebab family masih menjaga perbatasan ikaa masa zaman sekolah.. so kami tak pernah keluar dating.. mesti tertanya tanya macam mana berkenalan tanpa bertemu muka kan? itu la kami yang "sempoi"ni ...

okay dan akhirnya kami bercinta tanpa bertemu muka... sepanjang kami bercinta ya Allah sweet sangat... banyak kenangan pahit dan manis ikaa dengan diaa... dia selalu bagi nasihat, sokongan dengan ikaa tanpa berputus asa meskipun ikaa suka marah diaa.. meroyan tak tentu pasal,, kami berkongsi ilmu.. sebab masa tu dia sambung belajar ... masa umor ika 18 tahun dapat tawaran pergi ke universiti ..tapi universiti dekat je alaa dekat shah alam je...cerita la dekat dia excited nak masuk U ni.. hahaha.. okay before ni ikaa duduk MERU.. so tak tahu laa area shah alam.. yg tahu hanya si dia.. so he ask me about shah alam.. ada MCD dekat asrama ikaa.. ada KFC PIZZA dekat unisel tu.. hmm smpai pernah terplan nak jumpa dekat sana after ikaa dah register tapi......

tapi kami tak sempat lakukan apa yang kami plan.. kami break masa berjumpa di setia city mall.. tu first time taw ikaa jumpa diaa ... hanya dengan kesalahan yang hanya bagi ikaa salah faham tapi besar salah tu bagi si dia.. tapi apa kan daya jodoh tak kuat..tapi ikaa kuatkan uga tanpa berputus asa ikaa cuba contact dia meskipun sometimes dia off phone tak nak angkat.. sampai ikaa dah register masuk U pon bayang bayang dia still ada di ingatan ikaa..sedih tak terkata masa tu laa... setelah bertahun kita kenal kita kenal hati budi dia api ikatan tu hanya terlerai dengan hanya salah faham ...kami lost contact akhirnya.. dan ikaa cuba untuk lupakan dia dengan pelbagai cara antara nya berkenalan dengan ramai lelaki.. sampai sanggup berkawan dgn kawan perempuan kerna muka bf dia sama macam apis.. hmm masa itu hanya Allah yg tahu ikaa terlalu rindu dia...

selepas dia pergi tanpa khabar dan akhirnya dia kembali datang dengan membawa satu kata kata maaf dari dia.. salah dia sebab menghilang tanpa .. hanya Allah yang tahu perasaan ikaa.. bercampur baur suka dan kecewa.. kenapa dia buat mcm tu ? mmg salah faham tapi dia tak pernah dengar explaination dari ikaa .. hmm kami terus terus berhubung selepas kejadian lost contact tu.. tapi tulaa kekadang tak contact sebab masing masing dgn life masing masing kami tak pernah ungkapan kan bercinta meskipun disetiap mesej kami ikaa selalu cakap ikaa rindu kan diaa.. kami sering bergaduh dan sering contact balik.. itu la kami ,, sekuat mana luka dia buat tapi kuat lagi cinta ikaa dekat dia.. susah untuk lupakan dia.. dan hari ni 12/8/2014 setelah 5 tahun akhirnya ikaa jumpa keluarga diaa.. jangan salah faham lakk.kami bukan nak berkahwin or apa apa.. kami berkenalan dgn kuarga sebab pergi beraya je... selepas tu kami kerap jumpa.. dan ikaa harap hubungan kami akan kekal ke JANNAH meskipun dia menganggap ikaa hanya sekadar kawan.. tapi saya nak bagi tahu awak saya masih mencintai diri awak walaupun kita banyak suka dan duka.. saya sentiasa untuk awak dan sentiasa untuk menerima awak dalm hidup saya.. JODOH PASTI BERTEMU *berblogger sambil dengar radio tetiba ada lagu ni.. mungkin kata kata akhir saya .. jodoh pasti bertemu. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KAWAN KAWAN.. DAN AWAK JUGAK HAFIZ > 

No comments:

Post a Comment